Sabtu, 13 Julai 2013

THE RAIN, THE WIND BLOWS.

aku layar kan perkhabaran buatmu yang pernah ku sayang.
bukan maksud hati mengulangi segala yang telah berlalu pergi.
bagi ku yang sudah biarlah.
pergiku tunduk mengalah.
biarkan semalam menjadi sejarah.
yang manis kukenang berpanjangan.
pahit tak perlu usah disimpan.

biarkan berlalu. impianku karam
hanyut dibawa arus waktu.
engkau yang tak pernah tahu.
bertapa lukanya hatiku diatas sikapmu dahulu
membuatkan aku seperti tak wujud disisi.
kau tak pernah hargai susah payah kutempuhi.
pengorbanan demi pengorbananterbakar sendirian.
ku umpama dian menyinari malam..
gelap...

lalu ku undurkan diri kerana tak sanggup lagi
melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain.
hingga kurasakan tersisih.
bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara.
malah kupercaya semua ini
mungkin ada rahmat yang tersendiri.


-new year yang hilang. sekadar memory.
-aku masih sayang. ramadhan pertama tanpa mu..
-terimakaseh kaseh yang menyisih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan