Ahad, 13 Oktober 2013

kisah hati #1

Teringin nak menulis. tapi tak tahu nak bercerita apa. perlu ke nak bagi seluruh dunia tahu tentang kehidupan aku yang semakin keliru, sesak, suram dan adakala sesekali gembira bertaut tuk seketika. 
Dari mana nak mula ? nak cakap pasal apa? tentang hati? perasaan? benda yang sama yang sangat membosan kan? Ah dunia lagi-lagi tentang perasaan. Itu lah banyak sangat bermain perasaan. 

Aku ada seorang kawan. Ye. Lelaki. Tak handsome sangat. Tapi gaya adalah. Bukan jugak anak dato. Tapi yang pasti aku takkan kelaparan bila bersama dia. Kami kawan baik. Atau aku adik dia abang. Kami sekepala. Kami buat baik bersama. Buat jahat bersama. Kami punya 'kimia' yang sama. 
Baru-baru ini dia gaduh dengan kekasih hati nya. Aku tahu itu punca aku. Kerana waktu dia banyak dihabiskan untuk aku. Sehingga dia abaikan waktu yang sepatut nya milik kekasih nya menjadi milik aku. 
Tapi dia tak kesah. Bagi dia cukup ada aku tentang perempuan itu, abaikan. 
Katanya dia sayang kan aku. Aku pun tak pasti apakah sayang itu ikhlas atau hanya mainan kata-kata. Yang jelas dia betol-betol bagi perhatian pada aku. 
Aku tau aku sedang mendera perasaan sendiri. Kerana dalam hati ini mula berputik rasa sayang terhadap dia. Bila dia cerita pasal kekasih hatinya itu terkadang perasaan sakit menyengat tangkai hati ni. Namun bibirku sentiasa tersenyum. Perlu ke aku berterus-terang tentang perasaan ni? Aku juga ada kekasih. Dia pun begitu. Mampu kah kami meneruskan persahabatan yang sudah mula timbul perasaan cinta ini. Yang pasti aku tahu kesudahan nya tak seindah cerita korea.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan