Jumaat, 12 Julai 2013

JULAI #1

permulaan baru bagi sebuah kehidupan yang pernah jatuh. pernah kau bertahan menyusun langkah di tangga terbawah sekali bila mana kau hanya ada satu tangga untuk mencapai kejayaan dan kau berhenti untuk memulakan suatu yang baru?

aku sanggup. aku pilih untuk bangun semula. impian yang samar-samar kini kembali bercahaya. sekali lagi mengatur langkah ke garis permulaan yang baru. wisel telah di tiup. perlahan aku ikat kembali tali kasut dan berjalan ke hadapan. insyaallah... sekarang aku telah menjadi seorang mahasiswa di sebuah IPT yang terkemuka. bukan calang-calang IPT. aku perlu menggalas sebuah bebanan baru. bersaing untuk maju. rakan sekelas yang mencabar. program yang hebat. aku hanya perlu buka mata, sembunyi kan luka lama. kembali mengejar cita-cita. suatu masa kau akan saksikan siapa di bawah dan siapa di atas. siapa yang jatuh dan siapa yang bangun. 

aku tak janji kan kejayaan aku suatu masa nanti untuk kepuasan hati semua. tapi cukup lah untuk sebuah kehidupan yang bahagia kelak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan