Ahad, 13 Oktober 2013

kisah hati #1

Teringin nak menulis. tapi tak tahu nak bercerita apa. perlu ke nak bagi seluruh dunia tahu tentang kehidupan aku yang semakin keliru, sesak, suram dan adakala sesekali gembira bertaut tuk seketika. 
Dari mana nak mula ? nak cakap pasal apa? tentang hati? perasaan? benda yang sama yang sangat membosan kan? Ah dunia lagi-lagi tentang perasaan. Itu lah banyak sangat bermain perasaan. 

Aku ada seorang kawan. Ye. Lelaki. Tak handsome sangat. Tapi gaya adalah. Bukan jugak anak dato. Tapi yang pasti aku takkan kelaparan bila bersama dia. Kami kawan baik. Atau aku adik dia abang. Kami sekepala. Kami buat baik bersama. Buat jahat bersama. Kami punya 'kimia' yang sama. 
Baru-baru ini dia gaduh dengan kekasih hati nya. Aku tahu itu punca aku. Kerana waktu dia banyak dihabiskan untuk aku. Sehingga dia abaikan waktu yang sepatut nya milik kekasih nya menjadi milik aku. 
Tapi dia tak kesah. Bagi dia cukup ada aku tentang perempuan itu, abaikan. 
Katanya dia sayang kan aku. Aku pun tak pasti apakah sayang itu ikhlas atau hanya mainan kata-kata. Yang jelas dia betol-betol bagi perhatian pada aku. 
Aku tau aku sedang mendera perasaan sendiri. Kerana dalam hati ini mula berputik rasa sayang terhadap dia. Bila dia cerita pasal kekasih hatinya itu terkadang perasaan sakit menyengat tangkai hati ni. Namun bibirku sentiasa tersenyum. Perlu ke aku berterus-terang tentang perasaan ni? Aku juga ada kekasih. Dia pun begitu. Mampu kah kami meneruskan persahabatan yang sudah mula timbul perasaan cinta ini. Yang pasti aku tahu kesudahan nya tak seindah cerita korea.. 


Sabtu, 13 Julai 2013

THE RAIN, THE WIND BLOWS.

aku layar kan perkhabaran buatmu yang pernah ku sayang.
bukan maksud hati mengulangi segala yang telah berlalu pergi.
bagi ku yang sudah biarlah.
pergiku tunduk mengalah.
biarkan semalam menjadi sejarah.
yang manis kukenang berpanjangan.
pahit tak perlu usah disimpan.

biarkan berlalu. impianku karam
hanyut dibawa arus waktu.
engkau yang tak pernah tahu.
bertapa lukanya hatiku diatas sikapmu dahulu
membuatkan aku seperti tak wujud disisi.
kau tak pernah hargai susah payah kutempuhi.
pengorbanan demi pengorbananterbakar sendirian.
ku umpama dian menyinari malam..
gelap...

lalu ku undurkan diri kerana tak sanggup lagi
melihat dirimu kasih telah ditawan oleh insan lain.
hingga kurasakan tersisih.
bukan kumenaruh dendam hiba atas segala duka dan lara.
malah kupercaya semua ini
mungkin ada rahmat yang tersendiri.


-new year yang hilang. sekadar memory.
-aku masih sayang. ramadhan pertama tanpa mu..
-terimakaseh kaseh yang menyisih.

Jumaat, 12 Julai 2013

JULAI #1

permulaan baru bagi sebuah kehidupan yang pernah jatuh. pernah kau bertahan menyusun langkah di tangga terbawah sekali bila mana kau hanya ada satu tangga untuk mencapai kejayaan dan kau berhenti untuk memulakan suatu yang baru?

aku sanggup. aku pilih untuk bangun semula. impian yang samar-samar kini kembali bercahaya. sekali lagi mengatur langkah ke garis permulaan yang baru. wisel telah di tiup. perlahan aku ikat kembali tali kasut dan berjalan ke hadapan. insyaallah... sekarang aku telah menjadi seorang mahasiswa di sebuah IPT yang terkemuka. bukan calang-calang IPT. aku perlu menggalas sebuah bebanan baru. bersaing untuk maju. rakan sekelas yang mencabar. program yang hebat. aku hanya perlu buka mata, sembunyi kan luka lama. kembali mengejar cita-cita. suatu masa kau akan saksikan siapa di bawah dan siapa di atas. siapa yang jatuh dan siapa yang bangun. 

aku tak janji kan kejayaan aku suatu masa nanti untuk kepuasan hati semua. tapi cukup lah untuk sebuah kehidupan yang bahagia kelak. 

Rabu, 19 Jun 2013

JUNE #111

destiny.. buka mata. apa yang kau tahu pasal takdir?
sering kali takdir kau salah kan dalam kegagalan hidup kau.
percintaan yang gagal. pembelajaran yang gagal. semua kau salah kan takdir.
tapi pernah kau terfikir, kadang kala takdir merancang sesuatu yang cukup indah.
apa yang kau perlukan adalah sabar dan iklas menerima.
alhamdulillah. setelah masa masa yang pahit berlalu, kini dia telah bangkit mengejar cita dan cinta.
terima kaseh atas takdir yang terindah yang tak pernah disangka kan menjadi sebuah perjalanan yang cukup bererti.

tiada lagi air mata duka mengalir. tiada lagi meratapi kesah semalam.
permulaan yang baru. harapan nya semoga baik-baik saja.
buka hati. buka mata. teruskan berjalan.

takdir akan membawa kau ke suatu destinasi yang seterusnya.
jangan penat berjalan. jangan berhenti menghempus kan carbon dioksida.
kau kuat. kau boleh. teruskan dengan senyuman ini..

Selasa, 4 Jun 2013

JUNE #1

pisau.
memotong seperti pisau.
bagaimana aku akan sembuh?
luka itu begitu mendalam.

kau masok dalam hidup aku.
dengan kelembutan pada waktu malam.
hasrat aku adalah arahan kau
sehingga kau berlari pergi,
daripada cinta ini.

aku ceritakan pada diri.
memberitahu diri aku bebas.
bila aku cuba berpura-pura tuk senyum,
sakit ini aku simpan.

aku hanya nakkan kau.
kembali dalam hidup aku.
tapi kau dah pergi lagi.
aku tahu kau takkan kembali.